Sunday 10 November 2013

ADUAN MASALAH SPS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


1. Akses dan "connectivity" SPS sekolah secara online dimaklumkan semakin bertambah baik beberapa hari kebelakangan ini.

2. Oleh itu diharap pihak pengurusan sekolah dapat mengambil peluang dan kesempatan ini untuk memasukkan data guru/staf dan murid.

3. Bersama ini dilampirkan Borang Aduan Masalah yang boleh diberikan kepada pihak Pentadbir SPS sekolah tuan agar dapat dikumpulkan dan dipanjangkan terus ke pihak Vendor melalui BTPN.

Kerjasama dan tindakan tuan amat disanjungi.


Sekian, terima kasih.