Monday 27 October 2014

Kepada sekolah yang telah melaporkan kerosakkan peralatan ICT di dalam STS. Sila ambil perhatian,  diharapkan pihak sekolah dapat mengambil tindakan segera, tepat dan betul agar melancarkan proses menyelengara peralatan tersebut. Adalah diingatkan bahawa, sekiranya maklumat yang perlu tidak dilengkapkan akan menyebabkan proses penyelengaraan akan tergendala.

Bersama ini disertakan dokumen yang berkaitan untuk panduan dan tindakan selanjutnya:


Tatacara Perlaksanaan penyelengaraan peralatan ICT 2014.
setelah selesai mengisi dalam Log Aduan STS.

1. Pihak sekolah Perlu menyediakan dokumen KewPA-2 atau Kew 312, KewPA-9     dengan lengkap dan betul. (* Dokumen yang tidak lengkap akan menyukarkan     proses menyelenggara......)

2. Pihak PKG akan membuat Verifikasi terhadap kerosakan.

3. Pihak Vendor akan membuat pembaikan dan pengujian.

4. Pihak sekolah menyediakan dokumen Kew-PA-14. ( laporan penyelengaraan )

Sunday 26 October 2014

PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) DAN KEMPEN READ: "ONE NATION READING TOGETHER"


Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: "One Nation Reading Together" merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Justeru itu mohon kerjasama Guru Perpustakaan Media ( GPM ) melaksanakannya untuk sekolah masing-masing. Berikut  disertakan bahan untuk melaksanakan program tersebut :

1.   Surat KM1M dan READ 2014
2.   Contoh aktiviti
3.   Borang Laporan Aktiviti

Laporan yang telah lengkap hendaklah di hantar ke:

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor,
Jalan Hang Jebat, Taman Skudai Baru,
81300 Johor Bahru, Johor.
(u/p: Unit Perkhidmatan Pusat Sumber )

dan salinan ke PKG Bandar Segamat (email: pkg_bandar_segamat@moe.gov.my)