Monday 7 November 2016

KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan ASTRO Kasih melaksanakan projek Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 31 Mac 2016 yang lalu.  Sehubungan dengan itu, pihak ASTRO bersetuju untuk membekalkan perkhidmatan KABKS seperti di bawah:
  • Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang dengan kemudahan KABKS sejak tahun 2008.
  • Pemasangan baru KABKS di sekolah yang belum dipasang sejak tahun 2008.

Mengikut MoU tersebut, pembekal ASTRO akan membekal dan menyelenggara peralatan KABKS seperti berikut:

PERALATAN YANG DIBEKALKAN
Pemasangan Baharu
Penyelenggaraan Jika Rosak
TV
Set Dekoder
Set Dekoder (DMT-5)
Kad Pintar (Smart Card)
Kad Pintar (Smart Card)
Out Door Unit (ODU)
Out Door Unit (ODU)


Bahan-bahan Bengkel KABKS

KEPUTUSAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERDASARKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) BAGI SEKOLAH-SEKOLAH ZON PKG BANDAR SEGAMAT BAGI TAHUN 2013-2016




Keputusan Penarafan Pembestarian Sekolah Smart School Qualification Standards (SSQS) dari tahun 2013 hingga 2016 bagi sekolah-sekolah zon PKG Bandar Segamat boleh disemak melalui URL berikut : http://gg.gg/SSQS2013-2016 .

Diharapkan keputusan yang dipaparkan menjadi rujukan dan panduan berguna semasa membuat pengisian dalam penilaian SSQS 2017 nanti dengan mencapai tahap pembestarian sekolah 100% iaitu berada pada tahap 3 hingga 5 bintang.