Wednesday 19 July 2017

PERLAKSANAAN SMART SCHOOL STANDARD QUALIFICATION (SSQS) 3.0 TAHUN 2017 PERINGKAT NEGERI JOHOR



Dengan hormatnya surat dari JPN Johor JPNJ.SPMICT(21)/100-13/3/3 JLD.8 (21) bertarikh 31 Mei 2017 dengan jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian dan tindakan pihak sekolah zon PKG Bandar Segamat selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, tuan adalah dimohon untuk melaksanakan penarafan Pembestarian sekolah tersebut. Berikut adalah pautan URL penarafan yang boleh diakses mulai 15 Julai 2017 hingga 30 Ogos 2017.

URL Utama : http://best.moe.edu.my/ssqs/johor/
URL Alternatif : http://btpnjohor.moe.gov.my/ssqs2017/

Bersama-sama dengan ini juga disedialkan panduan video juga disediakan untuk maklumat dan tindakan awal pihak tuan.

Admin sekolah : http://gg.gg/ssqsv3-adminsekolah
Admin Responden : http://gg.gg/ssqsv3-responden

Muat Turun Bahan:
1. Garis Panduan SSQS 3.0 (Klik)
2. Instrumen SSQS 3.0 (Klik)
3. Panduan Jumlah Responden (Klik)
4. Indikator Penarafan (Klik)
5. Surat SSQS JPNJ & KPM (Klik)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh hubungi En. Mohd Nazri bin Ahmad Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Segamat di talian 07-9321260

Wednesday 12 April 2017

PELAKSANAAN DCS (DIGITAL COMPETENCY STANDARDS) MURID TAHUN 2017


Kementerian Pendidikan Malaysia danMalaysia Digital Economy Corporation (MDEC), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang giat menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020). Fokus utama Pembestarian Sekolah (2016 – 2020) ialah  penambahbaikan secara sistemik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT); peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM; dan penilaian murid berasaskan keberhasilan, melalui salah satu inisiatif Digital Malaysia iaituDigital Tech @ Schools.

Standard Kompetensi Digital(Digital Competency Standards - DCS),yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid  dalam domain kognitif,  teknologi dan etika telah dibangunkan dan dirintis di 24 sekolah terpilih pada tahun 2015.  Instrumen penilaian DCS dalam bentuk gamifikasi(gamification)telah ditambah baik berdasarkan hasil kajian rintis tersebut. Pada tahun ini, 3,000 sekolah terlibat dalam pelaksanaan Fasa 1 Standard Kompetensi Digital(Digital Competency Standards - DCS). Penilaian ini akan dilaksanakan pada 10 April -15 Mei 2017 .

URL DCS 2017 : Portal Digital Competency Standards (DCS) 2017

Sebanyak 35 buah sekolah Daerah Segamat terlibat dengan DCS pada tahun ini.  9 buah sekolah ahli zon PKG Bandar Segamat yang terlibat adalah seperti di bawah:
1.   SMK AGAMA SEGAMAT
2.   SMK PADUKA TUAN
3.   SK TENANG STESEN
4.   SEKOLAH RENDAH AGAMA BERSEPADU SEGAMAT
5.   SJKT LADANG VOULES
6.   SJKT BANDAR SEGAMAT
7.   SJKC SEG HWA
8.   SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN
9.   SK LKTP REDONG

Taklimat pelaksanaan DCS Murid Tahun 2017 Daerah Segamat adalah berdasarkan kepada ketetapan berikut:
          Tarikh : 17 April 2017
          Masa : 2:30 - 5:00 petang
          Tempat : PKG Segamat Baru, Segamat
          Tindakan : Guru Penyelaras ICT Sekolah (GICT) atau Guru Penyelaras Bestari (GPB)

Muat turun : 1.   Surat Panggilan Taklimat
                     2.   Senarai Sekolah DCS 2017
                     3.   Surat Arahan Pelaksanaan BTPNJ KPM
                     4.   Manual DCS 2017





Thursday 6 April 2017

KHIDMAT BANTU PSS 2017

Khidmat bantu PSS telah dijalankan pada 2 dan 3 April di SK Bandar Putra



Khidmat Bantu PSS di SMK Agama Segamat pada 5 dan 6 April 2017.




Wednesday 5 April 2017

FORMAT BUKU REKOD NILAM 2017

Program NILAM yang ditambahbaik telah dirintis di 104 buah sekolah di Selangor pada tahun 2016.  Hasil daripada rintis tersebut, satu format perekodan NILAM yang baharu telah disediakan.  

Format Buku Rekod NILAM yang terkini dengan penambahbaikkan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan mula digunakan mulai sesi persekolahan 2017.

1. Buku Rekod Bacaan-Sekolah Rendah (Muat Turun)
2. Buku Rekod Bacaan-Sekolah Rendah BC (Muat Turun)
3. Buku Rekod Bacaan-Sekolah Rendah Tamil (Muat Turun)
4. Buku Rekod Bacaan-Sekolah Menengah (Muat Turun)
5. Bahan Taklimat (Muat Turun)

Tuesday 14 March 2017

ANUGERAH NILAM NEGERI JOHOR 2017



Anugerah NILAM Negeri Johor 2017 telah dijalankan pada 12 - 14 Mac 2017 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, Skudai. Majlis perasmian penutup yang dilangsungkan di SM Teknik Johor Bahru, telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Adam bin Sumiru, ADUN Tanjung Puteri.

Keputusan Anugerah NILAM Negeri Johor 2017 adalah:

A. Kategori Sekolah Rendah - Bahasa Malaysia
     Johan - Daerah Kota Tinggi
     Naib Johan - Daerah Segamat
     Ketiga - Daerah Mersing

B. Kategori Sekolah Rendah - Bahasa Inggeris
     Johan - Daerah Johor Bahru
     Naib Johan - Daerah Kota Tinggi
     Ketiga - Daerah Segamat

C. Kategori Sekolah Menengah - Bahasa Malaysia
     Johan - Daerah Mersing
     Naib Johan - Daerah Batu Pahat
     Ketiga - Daerah Pontian

D. Kategori Sekolah Menengah - Bahasa Inggeris
     Johan - Daerah Johor Bahru
     Naib Johan - Daerah Segamat
     Ketiga - Daerah Mersing

Persembahan multimedia NILAM Negeri Johor : https://vimeo.com/208234880